Sunday, 14 July 2013

My Collection --Manga .1st (^ _ ^)v

I love this series..!!

Magis Manis Coklat..
by MIZUHO RinoSetakat nie saya dah kumpul 3 volume dan dah complete baca kesemuanya. O(≧∇≦)O



..First Volume..



Manga nie mengisahkn tntg bagaimana hajat seseorang itu boleh tercapai dengan hanya memakan coklat yg dibuat oleh seorang pembuat coklat bernama Aikawa Shokora (gadis comel dlm cover depan tu..~)
Namun begitu, setiap hajat yg ditunaikan mesti dibayar dengan sesuatu istimewa milik mereka.. Bukan duit tapi... *spoiler censored* Hahaaa~ Plot cerita nie memang menarik dan unik disamping agak menyeramkan..
Etto.. Kalau nk tau ape dia bayarannya atau bagaimana ceritanya, cepat-2 lah visit kedai buku yg terdekat dan beli manga nie. Memang berbaloi sangat.. Serious tktipu. Saya pun dah jatuh cinta ngan manga nie. :3

..Second Volume..


Nampak tk kucing hitam kt cover tu..? Sebenarnya dia kan... *spoiler censored* Hohooo~ Mana boleh gtau spoiler. Boo. 

..Third Volume..


Hurm.. Dalam jilid ketiga nie, dh start cerita tntg latar belakang Aikawa Shokora dan camne dia mendapat magis menunaikan hajat org lain dengan hasil tangannya dlm pembuatan coklat. Dalam masa yg sama, muncul pulak seorang gadis nie yg menjadi rival kepada Aikawa. Dia pun pembuat coklat yg mempunyai magis menunaikan hajat seseoran. Cumanya, magisnya agak berbeza berbanding Aikawa. Bayaran yg diminta untuk setiap hajat yg ditunaikan juga berbeza!! Walaupun rival Aikawa tu nampak comel dan harmless.. Tetapi jangan sangka air yg tenang tkde buaya.. ☆⌒(>。≪)

Anywayz tksilap sye Manga nie still on-going. Rasenya kat Malaysia pun, yg baru di published baru 6 volumes.. Kepada sesiapa yg berminat. Jgn segan-2 mengeluarkan wang saku anda untuk membeli manga nie ye~ :P

#Harga: RM 7.50- 1 Jilid. Published by Gempak Starz.(Translated to Bahasa Malaysia).

Still Awake! (-ェ-)


Assalamualaikum dan Hello semua..
~~~ヾ(^∇^)  Ohayo Gozaimasu~♪

Nee.. lama juga Yumie tkupdate blog nie.. Hari nie tetiba rasa rajin nak post sesuatu. :3

Hmm Isnin datang lagi.. Sekolah sekolah sekolah. Awat naa saya tksuka sekolah? Haihh.. Ape-2 ajelah yg penting study tetap study. Tengok jam kejap. Oppsss.. Dah pukul 12 pagi. Still tktido lagi.. Mata ngantuk tapi tkrasa nk tido sbb ada something yg belum accomplish --Folio Seni masih tkberes. Sakit tangan.. Buat krja lukis-2 dari Petang tadi, smbung balik malam.. Belum kira lagi kerja Maths tadi.. Bab 10 yg lukis plan tuh. Kena ikut skala betul-2 dan lukisan mesti kemas tkboleh terlebih garis/comot.. Salah lukis, cikgu bising pulak....(._.)

Nie nak citer sikit. Hari tu, ade org tegur cakap Yumie nie childish... Dlm beberapa org jugak laa.. Sebab; Pencil Box Yumie nampak macam kiddo's. Ahem.  Jap ekk post gmbar..


Umm.. Memang saya tknafikn yg pencil box saya agak kebudak-budakan.. and nmpk girly.. Walaupun saya tau saya tkcomel, emang dasarnya saya suka barang-2 comel.. What to do..?
Masalahnya, salah ke kalau pakai pencil box camtu..? Bukannye saya kacau org pun. Tambahan pula, siap tanya lagi "Why are you using this..?" Patut ke saya jawab soalan begitu.. Eh.. It's up to me lah kan.. Yg penting ia berguna.. Kadang-2 tkfaham gak gelagat segelintir hamba Allah nie. Asalkan mereka bahagia, biarlah. (;_・)



Friday, 3 May 2013

Entri kedua~ n.n



Assalamualaikum dan Hello semua!!
~~~ヾ(^∇^)Good Afternoonー ♪

Haihh..dah lama sungguh Yumie tak update blog nie! Sorry, dear bloggie-chan.. (╥﹏╥)
Belakangan nie Yumie sibuk dengan persiapan untuk Mid-Year exam yang sedang dijalankan sejak hari Rabu (2 Mei) hingga.. Khamis (16 Mei) depan.
Sebenarnya ada berita sedih yang Yumie nak sampaikan... Yumie dah berusaha sehabis baik ulang kaji sebelum hari exam tapi kan malang tak berbau...
Time hari pertama exam, Yumie diserang sakit perut (gastrik) yang teruk. Jadi, terpaksalah Yumie balik rumah tak jawab exam Bahasa Malaysia.
Tuhan je yang tahu macam mana perasaan Yumie waktu tu. Rasa nak menangis je! Dah laa hari first exam, pulak tu tak ambil exam Bahasa Malaysia tak pasal-2 gagal sume terus. Semalam pun,
Exam Bahasa Inggeris, Yumie tak dapat buat dengan betul.. Keadaan Yumie still lemah lagi. Hmm nak wat mcam mana lagi kan?
Terimalah dengan Redha. Mak Yumie pun kata maybe ade hikmah disebalik kejadian nie.. :(
Well.. Harap-2 Yumie akan pulih dengan sepenuhnya dan dapat buat exam subjek-2 yang akan datang dengan baik.
Anyway, hari nie Yumie rasa agak okey sikit berbanding semalam. Alhamdulillah, syukur. n.n
Maybe lepas makan ubat-2 yang pahit doktor bagi... Baru pulih. Ekkk.. Seriously, pahit betul ubat-2 yang doktor bagi hari tu. Especially ubat sakit perut, rasa macam apa ntah. >.<"
Hahaa apa pun janji Yumie dapat sembuh seperti sedia kala. Tak kisahlaa ubat tu pahit cmne pun. Tapi..kan bagus kalau semua ubat manis mcm gula-2.. Hari-2 makan pun takpe hehee~ ^_^

Okehh.. sampai sini saja entri kali nie. Nanti Yumie sambung lagi Insyaallah bila ada masa lapang.. Terima kasih melawat blog Yumie and baca entri Yumie yang tak seberapa nie. ;)
Sekian~ Later!!! Mata ashita.. 

(
ヾ(´・ω・`) See You Later!

p.s: Isnin nie, kalau tak cuti.. ade exam Maths.. HMM.... mintak-2lah cuti! Boleh ulang kaji banyak-2.. Ah..p.p.s: Good luck Yumie~! Yosh.. I willdo my best~
 ^___^

Sunday, 14 April 2013

Entri Pertama~ *(^ω^@)

Assalamualaikum dan Hello semua!
(*´ω`)o。゚:.・+GOOD EVENING+・.:゚。o(´ω`*)

Dah makan ke belum ? Kalau belum, sila-2lah makan ye sakit perut nanti susah pulak. Hehee~ Sebenarnya Yumie pun belum makan lagi  nie.. Pagi tadi sarapan biskut kering dengan Air Milo je. Lapar betul sekarang nie tapi rasa malas pulak nak makan haaaish. 
(_ _|||)
 
Oh ya lupa pulak nak perkenalkan diri. Nama saya ialah Yumie (p/s bukan nama betul ye...~). Kenapa pilih Yumie? Sebab... Kalau nak tahu, dalam bahasa Jepun 'Yumie' bermaksud 'Cantik dan Popular'. Waaaah tapi Yumie biase je orangnya tak cantik mana pun tau. Nak kata popular, lagilah jauh beribu batu. Hmhm sebenarnya bukan itu sebabnya Yumie pilih nama nie. Sebab yang sebenar-benarnya ialah nama 'Yumie' bunyi macam cute je. That's why I chose this name~ Untuk pengetahuan anda semua, Yumie memang suka sesuatu yang coooomel. Tengoklah barang-2 dan baju-2 Yumie, kebanyakannya berwarna PINK!! Sampaikan ada kawan-2 Yumie kat sekolah yang memanggil Yumie dengan gelaran -Pinky. (〃 ̄ω ̄〃 )ゞ Tapi Yumie tak kisah.. Memang betul pun. (*^o^*)
Tahun nie umur Yumie akan mencecah 17 pada 17 hb Julai. Sekarang nie Yumie berada di Tingkatan Lima (Ahahah SPM.. 
(´・_・`) ). Nama sekolah? Biarlah rahsia... shh~ 
Memang teruja juga menulis entri blog buat kali pertama! 
(≧y≦*)Rasa macam nak tulis banyak-2 sampai 10 perenggan je huhuu.  Erm.. Tapi cukup sampai di sini saja entri Yumie buat kali nie ye. Kalau ada masa, Yumie akan tulis entri lagi okay? Yumie nak minta maaf banyak-2 sekiranya Yumie ada tersalah tulis atau mengguris hati sesiapa saja yang membaca entri Yumie nie... Jumpa lagi di lain hari ye..? Baibai. See you again!(*ゝェ・)/~

p.s: Petang nie, Yumie nak tengok anime Higurashi no Naku Koro Ni~ 
Yay. Sambung balik episod ke-2! n.n