Monday, 3 February 2014

 
Assalamualaikum..

Hari nie saya rasa agak down sedikit. Macam biasa, kdg-2 hidup nie ade ups and downs kan.. Bukan setiap saat kita akan berasa gembira dan hyper saje. Dalam sehari tu atau minggu pasti ada waktu di mana kita akan berasa sedih mahupun lemah. Mungkin juga hari nie hari saya.

Talking about problems.. Setiap orang dalam dunia ini pasti akan menghadapinya. Namun begitu, tidak semestinya semua masalah yang kita hadapi harus diluahkan kepada orang yang berada di sekeliling kita (cth: family, kawan..dll). Ini kerana tidak semua memahami apa yang sedang kita alami. Habis tu, kepada siapa lagi harus kita luahkan segala isi hati kita?

'Sakit sangat hati saya nie'.. 'Takde orang faham akan diri saya'..  'Semua orang tidak suka pada saya'.. 'Saya amat kesunyian'..  Jawapannya hanya satu.. --Allah.

Allah pendengar yang setia, setiap masalah, kesulitan, aduan, rayuan HambaNya. Allah sentiasa berada bersama kita.  Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Mengasihi. Setiap doa yang kita panjatkan kepadaNya pasti akan dijawab.. Insha Allah esok, lusa atau sekian-2.

Sesungguhnya.. Tiada pengawal bagi setiap doa kita untuk sampai kepadaNya..


Bismillahirrahmanirrahim...

Aminn..
Sekian saja post saya untuk kali ini..

No comments:

Post a Comment