Assalamualaikum...
Dulu..
Fikiran saya buntu, sudah tktau nk buat apa lagi..
Merasakan diri ini tidak punya erti..
Merasakan diri ini sentiasa sendiri, tiada siapa peduli,
Hanya air mata menemani...
Acap kali bermain-2 dlm fikiran..
Solusi apa yg patut dilakukan..?
Konklusi apa yg patut diambil sbagai jalan..?
Memang sejak lama.
Kehadiran saya selalu mengundang amarah..
Bagi org-2 yg berada di sekeliling saya.
Memang sejak dari dahulu lagi.
Saya impikan ketenangan di sanubari..
Inginkan perubahan diri ini.
Tetapi hampa.
Selalunya, kegagalan yg datang menjemput.
Dek kerana kehausan sifat sabar dalam diri.
Kini,
Sedikit demi sedikit saya mencuba..
Mengubah diri daripada negatif ke positif..
Langkah demi langkah mencuba dan terus mencuba.
Beribu doa dipanjatkan pada Sang Pencipta..
Tidak pernah letih meminta dan terus meminta..
Usaha, berusaha.. Jatuh.. Bangun semula.
Dia yg maha mengetahui segalanya.
Baik di langit, bumi, angkasa...
Mahupun di dalam hati.. HambaNya.
Sungguh hanya Dia, yg memahami diri saya.
Diri kamu, diri dia, diri mereka dan diri kita semua.
Lalu apa lagi yg dipinta?
Kini,
Saya tahu. Saya tidak pernah bersendiri..
Saya tahu. Dia sentiasa ada di sisi.
KeranaMu Sang Pencipta,
Saya akan sentiasa berusaha dn terus berusaha,
Untuk menjadi seorang muslimah..
Dambaan syurga. In Shaa Allah.. :)
--
by: Yumie.
p/s: maaflah, sye tidak berapa arif bab-2 mencipta sajak atau syair atau pantun semua nie. BM dpt B+ je.. hehe. ^^"
No comments:
Post a Comment