Thursday, 3 July 2014

Ahlan Wasahlan ya Ramadhan~

DIKESEMPATAN INI, SAYA INGIN MENGUCAPKAN...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!!
SELAMAT BERPUASA~
o(=^o^=)o

YUK, IMARAHKAN RAMADHAN KALI INI DGN MEWAJIBKAN AMALAN WAJIB, MEMPERBANYAKKAN AMALAN SUNAT BERSERTA MELAZIMI TADABBUR AL-QURAN DAN BERSEDEKAH..

TIDAK LUPA JUGA..
MEMPERBAIKI DIRI KITA KE ARAH YG LEBIH LEBIH LEBIH BAIK SEBAGAI HAMBA-NYA..

INSHAA ALLAH~!!
BITTAUFIQ WANNAJJAH SEMUA.



(( ^___ ^ ))

Tuesday, 22 April 2014

Nukilan buat diri.

Assalamualaikum...

Dulu..

Fikiran saya buntu, sudah tktau nk buat apa lagi..
Merasakan diri ini tidak punya erti..
Merasakan diri ini sentiasa sendiri, tiada siapa peduli,
Hanya air mata menemani...

Acap kali bermain-2 dlm fikiran..
Solusi apa yg patut dilakukan..?
Konklusi apa yg patut diambil sbagai jalan..?

Memang sejak lama.
Kehadiran saya selalu mengundang amarah..
Bagi org-2 yg berada di sekeliling saya.

Memang sejak dari dahulu lagi.
Saya impikan ketenangan di sanubari..
Inginkan perubahan diri ini.

Tetapi hampa.
Selalunya, kegagalan yg datang menjemput.
Dek kerana kehausan sifat sabar dalam diri.

Kini,

Sedikit demi sedikit saya mencuba..
Mengubah diri daripada negatif ke positif..
Langkah demi langkah mencuba dan terus mencuba.

Beribu doa dipanjatkan pada Sang Pencipta..
Tidak pernah letih meminta dan terus meminta..
Usaha, berusaha.. Jatuh.. Bangun semula.

Dia yg maha mengetahui segalanya.
Baik di langit, bumi, angkasa...
Mahupun di dalam hati.. HambaNya.

Sungguh hanya Dia, yg memahami diri saya.
Diri kamu, diri dia, diri mereka dan diri kita semua.
Lalu apa lagi yg dipinta?

Kini,
Saya tahu. Saya tidak pernah bersendiri..
Saya tahu. Dia sentiasa ada di sisi.

KeranaMu Sang Pencipta,
Saya akan sentiasa berusaha dn terus berusaha,
Untuk menjadi seorang muslimah..
Dambaan syurga. In Shaa Allah.. :)

--
by: Yumie.

p/s: maaflah, sye tidak berapa arif bab-2  mencipta sajak atau syair atau pantun semua nie. BM dpt B+ je.. hehe. ^^"

Wednesday, 5 February 2014

Mimpi?


Assalamualaikum.

Dah malam. o(>_<")o
Okeh. Seperti yg dijanjikan dalam entri yg lepas, umm.. Entri kali nie saya nak bercerita tentang -mimpi! Mimpi merupakan perkara yg sangat misteri. Sangat-2 misteri. Ada mimpi yg kita ingat sepenuhnya tetapi selalunya, hampir 90% scene dlm mimpi kita akn dilupakan. Well, terasa rajin pulak nak terangkan tentang mimpi nie.. Eh. Eh. ^^"
Tkpelah, apa kata saya ceritakan tentg mimpi-2 yg pernah saya alami? Boleh kan?? ( ^~^")

Baiklah. Mula-2 saya nak start dengan mimpi yg pernah saya alami kira-2 2 tahun lepas..
Emm. Biarpun saya tkingat semua part dlm mimpi tersebut, tetapi saya akan cuba sedaya upaya untuk tulis je pape. (LOL)

Begini salah satu scene dalam mimpi tersebut.. ;
*Waktu tu, kt Stesen LRT. Petang rasanya.
*Bulan puasa.
*Ada sorang budak lelaki nie, tak tahu sape.. Yang pastinya dia pendek. Yup. Pendek!!
*Identiti tkdikenali.
*Pelik sekali. Dalam mimpi tu, kitorang macam BF and GF.
*Dan yg palik tkboleh blaa sekali.. Kitorang tkpuasa. LOL
*Makan sama-2 kt stesen LRT tu.
*Pastu dia nyanyi lagu untuk saya.

Tingtong betul.. Hahaa. Mimpi merepek. xD
Sampai skrg saya ingat mimpi tu. Serius. -_-"

p/s: WRITER'S BLOCK! BLOK PENULIS!! RUMAH FLAT! <-- JGN HIRAUKAN. DDDD'x

Tuesday, 4 February 2014

Games~

Assalamualaikum..

Hohohoooo.. Hari nie, kerja saya main game saje. Game Facebook. Leka betul.. Sampai pening kepala dibuatnya.. adusshh (@_@")..  Macam-2 game saya cuba. Fashland, Insanity, Cafeland, Lunaria Story.. dan sebagainya (..sampai tkter-list hehe)

Nak dijadikan cerita, sebenarnya dulu saya nie memang kaki gaming. Hampir 24/7 dihabiskan untuk main game.. Psstt.. Don't take this person as an example. :P

Alhamdulillah..
Sekarang saya dah tkmcm dulu lagi. 24/7 menghadap PC..
Okay. Nak titon jap.. Petang nie kalau tkde pape hal, saya akn update post baru.. Selamat Malam.. Adieu. @__@

P/S: Kepala sudah berpusing-2 tapi mata still merenung skrin notebook. Game Game Game... Kenapa laaa boleh buat orang leka? @_@

Monday, 3 February 2014

 
Assalamualaikum..

Hari nie saya rasa agak down sedikit. Macam biasa, kdg-2 hidup nie ade ups and downs kan.. Bukan setiap saat kita akan berasa gembira dan hyper saje. Dalam sehari tu atau minggu pasti ada waktu di mana kita akan berasa sedih mahupun lemah. Mungkin juga hari nie hari saya.

Talking about problems.. Setiap orang dalam dunia ini pasti akan menghadapinya. Namun begitu, tidak semestinya semua masalah yang kita hadapi harus diluahkan kepada orang yang berada di sekeliling kita (cth: family, kawan..dll). Ini kerana tidak semua memahami apa yang sedang kita alami. Habis tu, kepada siapa lagi harus kita luahkan segala isi hati kita?

'Sakit sangat hati saya nie'.. 'Takde orang faham akan diri saya'..  'Semua orang tidak suka pada saya'.. 'Saya amat kesunyian'..  Jawapannya hanya satu.. --Allah.

Allah pendengar yang setia, setiap masalah, kesulitan, aduan, rayuan HambaNya. Allah sentiasa berada bersama kita.  Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Mengasihi. Setiap doa yang kita panjatkan kepadaNya pasti akan dijawab.. Insha Allah esok, lusa atau sekian-2.

Sesungguhnya.. Tiada pengawal bagi setiap doa kita untuk sampai kepadaNya..


Bismillahirrahmanirrahim...

Aminn..
Sekian saja post saya untuk kali ini..

Friday, 31 January 2014

Burung Hantu dan Panda..~

 Assalamualaikum.. (@_@)

Jam menunjukkan pukul 1 pagi.. Tik Tok Tik Tok. Saya masih berjaga.. Duduk di atas kerusi di ruang tamu, seorang diri sambil ditemani oleh Lappie-chan a.k.a Notebook saya. Walaupun sudah beberapa kali menguap, tetap menahan mata ini daripada terlelap. Perut pula, mula bermain piano. Lapar.. Lapar.. dan lapar. Ehmm...Actually saya sedang menunggu kakak saya balik, membawa pesanan saya... That is.. MIHUN SUP!!

Hahaa.. Sekian saja entri pendek yang tidak ada kena mengena dengan diri sesiapa di atas muka bumi ini mahupun yang masih hidup atau telah lama pergi.. Kecuali saya.

P/S: Merepek-talking.. tapi.. Mihun Sup sudah terbayang-2 di mata~ ( * ^ * ) Alamatnya.. Panda lah lagi esok... Hehee..~

Thursday, 30 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014!! o(^___^)o


Assalamualaikum dan Hello semua!!
~~~ヾ(^∇^)Good Afternoonー ♪

Dah nak masuk bulan Februari nie tapi Yumie rasa masih belum terlambat ( atau sudah terlambat?? ( * ^ *") ) untuk mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014! Alhamdulillah. Pejam celik pejam celik telah pun menjangkau ke tahun 2014. Yeah~ Fighting-2!
Yumie pun dh tamat Zaman Persekolahan. Psstt.. Sedang menunggu result SPM lagi.. Insha Allah. Yumie dpt yg terbaik.. Aminn Ya Rabbal Al Amin...

BAIKLAH!!!!
Tahun nie, kita buka buku baru.. Simpan buku yang lama untuk dijadikan sebagai kenangan mahupun pengajaran yang berguna buat hidup kita di tahun baru nie okay? Insha Allah.
Oh ye bila bercakap mengenai tahun baru.. Mesti saling berkait dengan AZAM. Ehem.. Bukan nama orang ye.. Ada sesetengah orang berpendapat bahawa azam nie tidak penting kerana kadang-2 kita bukannye follow azam tu pun.. Maksud Yumie, berazam je lebih tapi tk berusaha pun nak mencapainya. Lepas tu bila dh masuk tahun yang baru.. Azam yang sebelum nie, yang tidak tercapai tu.. Terus hilang begitu je dan ditambah dengan azam yang lain.. Hahaa.. Tkpe-2 bagi sesiapa yang pernah melakukan perkara nie.. Hopefully tkterasa sebab Yumie pun secara jujurnya dulu mengalami situasi begini. Berazam je lebih.. Macam-2 pulak tu. Sebagai contoh.. Dulu laa masa Yumie form 3.. Pernah berazam untuk dptkn 8A dalam PMR taaaaaaaaapi kaaaaaan... Tahun tu kan.. Yumie kan..Banyak main drpd belajar.. Ish-3. Jangan tiru tau perangai Yumie nie. Tkbaik untuk kesihatan. Hahaa.. Yumie dpt 6A je.. Biarpun keputusan bkn seperti apa yang diharapkan.. Alhamdulillah. Rezeki Allah beri kita bersyukur je. Pasti ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku.. Mungkin Allah akan gantikan dengan yang lebih baik lagi.. Who knows kan..?? Insha Allah.

Alooo.. Yumie rasa cam dah jauh lari dr topik asal nie.  Let's get back to the point! Sebenarnya Yumie nak share azam Yumie pada tahun nie. Banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup Yumie tahun lepas.. Macam biasa, ada yang gembira.. Ada yang sedih.. Tapi semua tu Yumie dh jdikan sebagai kenangan dan yang sedih tu dijadikan sebagai pengajaran buat diri Yumie untuk menjalani liku-2 hidup yang penuh ranjau berduri ini.. Ececehh ayat.. Huahuahua..

Azam- Azam Yumie Di Tahun Baru 2014:

○ Menjadi anak yang solehah.
○ Menambah ilmu dunia dan akhirat.
○ RAHSIA
Rasanya tu saja azam-2 Yumie pada tahun nie Insha Allah akan Yumie usaha dengan bersungguh-2 untuk mencapainya. Hmm? Ape dia? Yang rahsia tu ape? Ehh... Rahsia tu.. Biarlahh rahsia shh... Mana boleh beritahu. Nama pun rahsia.. Boo.. :PSampai sini saje post kali nie. Banyak lagi yang Yumie nak tulis benarnya tapi.. Simpanlah dulu untuk post yang lain. Insha Allah. o( ^_^ )o
Kepada sesiapa yang membaca post-2 Yumie dalam blog nie.. Terima kasih Yumie ucapkan kerana sudi membaca dan melawat blog Yumie yang tidak seberapa nie.. Insha Allah di masa akan datang Yumie akan upgrade blog Yumie nie agar menjadi lebih menarik dan penuh dengan informasi yang berguna, bukan sekadar diari Yumie saja okay? Juga  kalau ada salah dan silap, andai kata terkasar bahasa, harap dimaafkan kerana Yumie hanya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.. Sama ada dalam keadaan sedar atau tidak. ;)

P/S: SELAMAT TAHUN BARU CINA! Nyumm Nyumm~ *makan limau.

BYE!